Wednesday 7 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4
http://hayazi040669.blogspot.com/

Masa:
1 Jam

Bidang:
Membuat corak dan rekaan

Tajuk:
Kertas pembalut hadiah
 
Kemahiran/tema:
Capan
 
Pengetahuan Sedia ada:
1. Murid mengenali sayur-sayuran.
2. Murid mengetahui cara memotong
 
Hasil Pembelajaran        :
Aras 1 - Memerhati dan mengkaji jenis sayuran yang mempunyai lapisan kelopak
Aras 2 - Memotong sayuran pelbagai contoh seperti menegak , melintang
Aras 3 - Membuat corak dalam pelbagai susunan
Aras 4 - Mempamerkan hasil kerja
 
Kemahiran Berfikir:  
Kritis  - membanding dan membezakan
Kreatif - menjana idea
 
Penerapan nilai:
Keselamatan, kerjasama, ketelitian
 
BBM:
Papan putih, marker, contoh hasil kerja guru, komputer, pembesar suara
 
Keperluan:    
5 biji kobis, 5 bilah pisau, 5 set warna air, 29 berus warna, 29 helai kertas A4, surat khabar
 




PELAKSANAAN
LANGKAH/MASA
ISI PEMBELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN
Set Induksi
( 5 Minit)
Menyanyikan lagu bertajuk “ Vegetables”
Guru meminta murid untuk mendengar lagu terlebih dahulu.

Murid menyanyikan lagu bersama-sama.

Guru mengaitkan set induksi dengan pembelajaran hari ini.
 Kecerdasan Pelbagai

Verbal linguistik, inter/ intrapersonal muzik

Langkah 1
(20 Minit)
Menerangkan konsep capan.

Membuat tunjuk cara.

Aras 1
Memerhati dan mengkaji jenis sayuran yang mempunyai lapisan kelopak.

Guru menerangkan definisi capan kepada murid.

Guru menerangkan jalinan capan yang terdapat pada sayur kobis.

Murid memerhatikan jalinan yang terdapat pada sayur kobis.

Guru membuat langkah tunjuk cara untuk menghasilkan capan.

Guru mengarahkan murid membentuk 5 kumpulan.
Kecerdasan Pelbagai:
Verbal linguistik

ABM/BBM
Hasil kerja guru, kertas A4, warna air, berus warna , kobis dan pisau.

Langkah 2
(25 minit)
Menghasilkan capan.
Aras 2
Memotong sayuran dengan pelbagai contoh seperti : menegak, melintang

Aras 3
Membuat corak dalam pelbagai susuna seperti:
Selang seli, berjalur

Murid memotong kobis dengan pelbagai arah seperti melintang dan menegak
Murid menghasilkan capan.

Guru membimbing murid menghasilkan capan.
Kecerdasan Pelbagai

Kinestetik, KBKK : Membanding beza dan menjana idea.

ABM/BBM
Surat khabar, kobis, pisau, kertas A4, warna air dan berus warna.

Nilai :
Keselamatan
Ketelitian
kerjasama
Langkah 3
(5 minit)
Peneguhan dan penilaian
Aras 4
Mempamerkan hasil kerja

Guru meminta murid membentangkan hasil kerja masing-masing.

Guru menegaskan nilai-nilai dalam menghasilkan karya.

Kecerdasan Pelbagai
Intra/ interpersonal, verbal linguistik

Nilai:
Keyakinan, keberanian
Penutup
(5 minit)
Penutup
Murid menyanyikan lagu secara beramai-ramai.
Kecerdasan pelbagai:
Muzik


No comments:

Post a Comment