Wednesday 7 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 1



 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 1
http://hayazi040669.blogspot.com/



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 1

Tahun                         : 1
Bidang                       : Menggambar
Aktiviti                      : Lukisan
Tema                         : Alam benda
Tajuk                         : Rumah
Masa                         : 60 minit
Media                        : Alat     : Tiada
                                    Bahan  : Paparan slaid, kertas lukisan, pensel warna, Pensel HB dan Pensel 2B
EMK                         : Elemen Kreativiti dan Inovatif


STANDARD KANDUNGAN
  • Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual ( unsure seni dan prinsip rekaan : garisan, rupa, warna, imbangan dan kepelbagaian ) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan.
  • Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan.
  • Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan lukisan.
  • Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah, seni dan budaya.


STANDARD PEMBELAJARAN
  1. Persepsi Estetik
  • Unsur Seni
Garisan – selari dan melenkung (olahan garisan menghasilkan rupa)
Rupa     - Organik dan geomatri (dihasilkan daripada garisan)
Warna – primer (biru, kuning dan merah)

  • Prinsip Rekaan
Harmoni – (bentuk, rupa dan warna)

  • Aplikasi Seni      
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
Alat – Tiada
Bahan – kertas lukisan pensel dan pensel warna.

Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya


Teknik – lukisan
1)   Akspresi Kreatif
i)    Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual  dalam menghasilkan karya.
ii)    Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 
iii) Menggunakan unsur seni (garisan, warna dan rupa) dan prinsip rekaan (imbangan dan keperlbagaian) dalam penghasilan karya
2)   Apresiasi Seni 

i) Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
ii) Mempamerkan karya yang dihasilkan
iii) Menceritakan karya sendiri secara lisan
iv) Menghargai karya sendiri dan rakan.


STANDARD PEMBELAJARAN


Persepsi Estetik

·        - Guru menerangkan slaid contoh pelbagai garisan.
·        -  Murid menamakan garisan yang ditunjukkan secara lisan.
·       -   Guru menunjukkan garisan selari dan melengkung
·       -   Murid diminta menyatakan perbezaan garisan tersebut dengan contoh garisan yang ditunjukkan
       pada awal pembelajaran.
·       -  Murid diminta menyatakan media yang digunakan dalam menghasilkan garisan tersebut.



Aplikasi Seni
·         -   Guru menunjukkan cara membuat garisan selari dan melengkung.
·         -   Guru meminta murid menyatakan cara membuat garisan – garisan tersebut.
·         - Guru meminta murid mengeluarkan media yang akan digunakan dalam membuat garisan.



Ekspresi Kreatif
·         Murid menghasilkan lukisan (garisan) dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1

·         Murid membuat garisan selari dan melengkung berpandukan contoh dan tunjuk cara guru.

Langkah 2

·     Murid membuat garisan-garisan selari dan melengkung untuk menghasilkan satu karya seni dengan bimbingan.
Apresiasi Seni
·         Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan.
·         Murid menceritakan pengalaman ketika melakukan aktiviti.

No comments:

Post a Comment