Wednesday 7 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 5



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 5
http://hayazi040669.blogspot.com/


Tahun: 
Lima
 
Masa: 
1 Jam
 
Bidang: 
Membentuk dan membuat binaan

Aktiviti: 
Mobail
 
Tajuk: 
Burung Terbang Bebas



OBJEKTIF PENGAJARAN

Guru dapat mengajar murid untuk menghasilkan mobail menggunakan origami burung.



HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran murid dapat:
·         Mengenali mobail dan origami.
·         Memahami cara-cara menghasilkan mobail menggunakan origami burung yang dibuat.
·         Menghasilkan mobail menggunakan origami burung.



KEPERLUAN

Alat: 
gunting, lidi, benang
 
Bahan: 
Kertas warna
 
Rujukan: 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual 



PROSEDUR            
   
·      Guru menentukan aras pembelajaran supaya sesuai dengan tahap murid.
·    Guru merancang strategi pengajaran dengan teratur supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan menerapkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
·       Memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan   induksi.
·      Mempamerkan contoh hasil kerja yang telah siap.
·    Guru memberi penerangan kepada murid cara-cara untuk menghasilkan mobail menggunaka origami burung yang dihasilkan.
·     Memberi bimbingan kepada murid dalam menyiapkan hasilan mobail menggunakan origami burung.
·       Apresiasi dan refleksi.
·         Penutup



BUTIRAN AKTIVITI
HASIL PEMBELAJARAN
STRATEGI PENGAJARAN
SET INDUKSI (5 minit)
·         Guru menunjukkan carta lirik lagu.
·         Guru menyanyi serta murid menyanyi bersama-sama lagu “Burung Pipit.”

Murid dapat menyanyikan lagu dengan baik.

Murid bersoal jawab dengan guru mengenai burung.



TKP
Interpersonal
Verbal linguistic
Muzik
Konstektual
AKTIVITI 1 (5 minit)
·         Perbincangan tentang ciri-ciri  sebuah mobail.
Iaitu satu jenis arca yang menggunakan teknik menggantung
·         Guru menunjukkan contoh mobail yang menggunakan origami yang telah siap kepada murid.
Aras 1

Murid dapat mengenali ciri-ciri sebuah mobail.


Murid dapat melihat contoh mobail sebenar dan lebih memahaminya.
Konstekstual





TKP
Kecerdasan Visual Ruang.
AKTIVITI 2 (20 minit)
·      Guru mempamerkan BBM langkah-langkah membuat lipatan kertas untuk menghasilkan origami.
·      Guru membimbing dan membantu murid untuk menghasilkan lipatan demi lipatan.
Aras 2
Murid dapat melihat dan mengawal gambaran awal



Murid Berjaya membuat lipatan untuk menghasilkan origami burung dengan kemas.
KBKK
kreatif
AKTIVITI 3 (20 minit)
·      guru mengarahkan murid berada dalam kumpulan berlima.
·      Guru membimbing murid menghias dan mengikat origami burung pada lidi yang telah dilekatkan oleh guru sebelum sesi pengajaran menggunakan benang.
·      Guru membimbing murid mengikat origami pada tali yang disediakan oleh guru.
Aras 3
Murid berada dalam kumpulan berlima dengan pantas.

Murid dapat menghias dan mengikat origami burung pada lidi yang disediakan untuk dijadikan mobail.



Murid dapat menikat ikatan origami burung untuk dijadikan mobail dengan kreatif.
KBKK
Kritis
Menyusun
Kreatif
Menjana idea






TKP
Visual ruang
SESI APRESIASI DAN REFLEKSI
(5 MINIT)
·         Murid mempamerkan hasil kerja mereka.
·         Sesi apresiasi dan refleksi hasil kerja yang telh dihasilkan murid:
Baik
Sederhana
Kurang mencapai tahap


murid dapat menilai tahap keupayaan masing-masing berdasarkan kategori yang telah ditetapkan.
Murid dapat menyatakan perasaan dan pengalaman terhadap aktiviti yang telah dilakukan.

TKP
Verbal liguistik
PENUTUP (5 minit)
·         Murid menyanyikan lagu Burung Pipit bersama-sama sambil memegang mobail menggunakan origami burung yang dihasilkan.

Murid dapat menyatakan perasaan masing-masing tentang mobail origami burung yang telah dihasilkan.
TKP
Verbal linguistic
Muzik
Interpersonal

No comments:

Post a Comment