Sunday 4 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN TAHUN 1


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
[TAHUN 1]
hayazi040669.blogspot.com



Objektif Tahunan

Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat:

1. Menghargai keindahan alam cipaan Tuhan
2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
3. Menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat
7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab
8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanak air
9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

 


Rancangan Harian Dunia Seni Visual


Bidang Kegiatan : Menggambar

Tema / Tajuk : Alam Semula Jadi / Keluarga Saya

Aktiviti : Lukisan


Objektif : 

Pada akhir pelajaran murid dapat :

Melukis dan mewarna gambar keluarga serta menamakan ahli keluarga dan panggilan kepada ahli keluarga.


EMK : Elemen Keusahawanan, Teknologi Maklumat Komunikasi, Kreativiti dan Inovasi.

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran :

1.1.1 Guru menerangkan tenang rupa dan bentuk berserta contoh-contoh
1.1.2 Guru menerangkan tenang penggunaan ruang.
1.2.1 Guru menerangkan tentang bahan dan alatan.
1.3.3 Murid melukis gambar mengikut kreativiti sendiri.
1.4.2 Muid beeria tentang keluarga.

No comments:

Post a Comment