PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
hayazi040669.blogspot.com
PENGENALAN
Pendidikan Seni
Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat, memperkembangkan keperibadian,
memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar
serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif,
ekspresif dan aktif. Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat
ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea
dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri. Pendidikan Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang
menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh.
Dokumen Standard Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan,
proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh, dan aspek kritikan.
Diharapkan dengan adanya Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah akan dapat
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.
MATLAMAT
Matlamat mata
pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah
untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual
sekolah rendah murid dapat:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni
visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui
pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan
serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam
pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni
dengan teratur, cermat, dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin
diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan
budaya tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam
kegiatan penghasilan seni visual
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni
visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah
No comments:
Post a Comment