Halaman

Wednesday, 7 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 6


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 6
http://hayazi040669.blogspot.com/


Tahun: 
6 Bestari

Masa: 
1 Jam

Bidang: 
Membuat Corak dan Rekaan
 
Tajuk: 
Corakku Rekaanku
 
Aktiviti:
Hiasan Permukaan 2D dan 3D
 
Pengetahuan sedia ada:
1. Murid-murid pernah mempelajari corak dan rekaan bermotifkan alam dan buatan manusia.
2. Murid-murid telah mempelajari benda 2D dan 3D.

Hasil Pembelajaran: 
Pada akhir pelajaran murid dapat:
Aras 1 - Menggunakan bahan: teknik dan corak yang sesuai untuk menghiasi permukaan 2 D dan 3 D.
Aras 2 - Mengolahkan motif berdasarkan objek alam dan objek buatan manusia bagi  menghasilkan rekaan corak dan rekaan.
Aras 3 - Menguasai beberapa kemahiran, kawalan tatacara dan disiplin kerja dalam menghasilkan corak dan rekaan.

Objektif : 
Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
i.   Menggunakan bahan serta teknik menghasilkan corak yang sesuai untuk menghiasi permukaan 2D dan 3D. 
ii. Mengaplikasikan corak bermotifkan alam dan objek buatan manusia dalam rekaan yang dihasilkan. 
iii.   Menguasai kawalan tatacara dan disiplin seperti kekemasan, ruang dan warna dalam menghasilkan corak dan rekaan.

ABM: 
Objek 2D dan 3D yang telah dihias permukaannya, objek 2D dan 3D yang belum dihias.
 
Alat dan Bahan: 
Persediaan guru:
Gambar hiasan permukaan 2D dan 3D, kotak, kad berbentuk motif, hisilan guru,  carta langkah, pelbagai jenis warna.
                                                
Persediaan murid:
Objek 2D atau 3D, kertas lukisan, pensil, pensil warna, warna air, gunting,
Pembaris dan gam.
 
Nilai: 
Kebersihan, berdisiplin, dan kerjasama
 
KBKK: 
Murid dapat menjana idea secara kreatif dan dapat menghargai benda-benda sekeliling. 



Langkah Masa
Isi Pelajaran/Fokus Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi P&P Nilai / catatan
Set Induksi
(5 minit)
·         Kotak Misteri
Teka bentuk Objek motif alam dan buatan manusia.
Guru menyediakan sebuah kotak dinamakan kotak misteri yang mengandungi kad bentuk yang bermotifkan alam dan buatan manusia.

Murid akan mengambil kad bentuk tanpa melihat ke dalam kotak dan menerangkan bentuk yang terkandung pada kad tersebut.
Nilai:
Bekerjasama
Berusaha

Kemahiran generic
Verbal Linguistik
Langkah 1
(10 minit)
·      Definisi dan contoh motif alam dan buatan manusia.
Guru menjelaskan secara ringkas definisi dan contoh-contoh motif alam dan buatan manusia.
Nilai:
Tekun, Kerajinan, Hormat

Kemahiran Generik
Visual, ruang, bentuk dan warna.
Langkah 2
(10 minit)
·      Hasilan guru:
Hiasan permukaan 2D dan 3D
Pengenalan alat dan bahan
Guru menunjukkan beberapa contoh hiasan permukaan 2D dan 3D yang menggunakan bentuk motif alam dan buatan manusia.
Guru mengarahkan murid mengeluarkan alat dan bahan yang telah dibawa oleh murid.

Guru menerangkan kegunaan setiap alat dan bahan yang akan digunakan untuk aktiviti hari ini
Hasilan guru
Carta langkah
Objek 2D dan 3D
Nilai:
Kebersihan
Berdisiplin
Kemahiran generik

Kinestetik
Visual ruang
Langkah 3
(30 minit)
·      Demonstrasi guru dan aktiviti
Guru mengarahkan murid mengeluarkan alat dan bahan yang telah dibawa oleh murid.

Guru menunjukkan demonstrasi cara menghasilkan corak dan rekaan hiasan permukaan 2D dan 3D sambil diperhatikan oleh murid.

Aktiviti menghasilkan hiasan permukaan 2D dan 3D oleh murid-murid mengikut bentuk motif yang dipilih iaitu motif alam dan buatan.

Guru memerhatikan murid sepanjang aktiviti dilaksanakan.
Nilai :
Bekerjasama
Kebersihan
Tolong menolong
Berdisiplin

Kemahiran Generik
Verbal linguistic
Visual-ruang, warna, bentuk
Penutup
(5 minit)
·      Sesi apresiasi dan refleksi kerja murid
Guru mempamerkan dan seterusnya menceritakan tentang hasil kerja mereka.

Murid membuat pameran hasil kerja mereka.

Menyatakan perasaan diri terhadap kegiatan yang dijalankan.

Guru menilai hasil kerja murid-murid dan membimbing murid untuk melakukan penilaian terhadap kerja mereka.
Nilai:
Keberanian
Hormat-menghormati
Bekerjasama

Kemahiran generic
Verbal linguistik
                                             

2 comments: